STORY BOARD

Wednesday, December 14, 2011

AKTIVITI PENGAJARAN

PART 1

PART 2


PART 3


Friday, June 17, 2011

KEPADA ADIK-ADIK

SELAMAT BELAJAR

Thursday, June 2, 2011

RANCANGAN MENGAJAR MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Kelas : 1 gemilang

Masa : 1 jam

Bil.murid : 25 orang

Tema : kebersihan

Tajuk : menjaga diri

Fokus Utama : 1.2 mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu sukukata perkataan

, frasa dan ayat dengan betul

1.2.4 mendengar ,memahami,menyebut dan mengeja perkataan yang

Mengandungi sukukata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat

Fokus sampingan 2,2 membaca dan memahami perkataan , frasa dan ayat daripada pelbagai

Sumber dengan sebutan yang betul

2.2.1 membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga sukukata , diftong,vocal berganding,digraph dan konsonan

Bergabug dengan sebutan yang betul

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat,

I. Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan.

II. Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi sukukata terbuka dan tertutup yang didengari dengan betul dan tepat

III. Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum: ilmu- Sains ( anggota badan ), pendidikan kesihatan ,pendidikan moral dan

Pendidikan muzik

: nilai- Menjaga kebersihan anggota badan

: KBT- kemahiran berfikir , mengumpul dan mengelas

Sistem Bahasa : tatabahasa –Kata Nama Am, Kosa Kata

Media/ABM : Gambar anggota badan, kad perkataan Lembaran kerja,1CT.

Set Induksi

1. Guru membawa masuk sehelai kain tuala dan sabun.

2. Guru meminta maklum balas kepada murid tentang rutin harian murid.

3. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah 1

1. Guru menamakan anggota badan kepada murid dan murid mendengar dengan teliti

Contoh: tangan,kaki,leher,mata,dahi,mulut,badan,jari,hidung.

(kaitkan dengan penjagaan kebersihan diri)

2. Murid menyebut semula anggota badan yang disebut oleh guru secara individu ,kumpulan atau kelas.

Langkah 2

1. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan melalui kad perkataan contohnya tangan, leher, mata, dahi, hidung, mulut, badan.

2. Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.

3. Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.

KBT : Mengumpul dan mengelas

Nilai : Sains ( anggota badan )

Media : Gambar anggota badan , kad perkataan

Langkah 3

1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan

2. Murid menyanyikan lagu Bangun Tidur.

3. Murid sesuaikan gambar dengan perkataan.

4. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul.

5. Jawab soalan secara atas talian atau powerpoint.

Penutup

1. Murid menyebut semula sukukata terbuka dan tertutup yang ditunjukkan.

2. Murid menyatakan tentang tajuk pembelajaran pada hari ini

3. Murid menyanyi semula lagu Bangun Tidur

BANGUN TIDUR.

Bangun tidur ku terus mandi

Tidak lupa menggosok gigi

Habis mandi ku tolong ibu

Membersihkan tempat tidurku

Bangun tidur ku terus mandi

Tidak lupa menggosok gigi

Habis mandi ku tolong ibu

Membersihkan tempat tidurku

LANGKAH 1

LANGKAH 1

langkah 2

langkah 2

BANGUN TIDUR

JAWAPAN BAGI SOALAN KUIZ

Name:
Kelas
emel
TAJUK/SUBJEK
Jawapan

This form powered by Freedback